Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

5.11.13

Rainbow Cake Birthday for my lovely princess Nur Humaira

Assalamualaikum wbt,

Tibe-tibe muncul kembali setelah setengah abad menyepi. Rindu dgn blog ni, oleh kerana ramai kawan2 sy yg selalu jugak jengah2 blog ni, ade skit semangat nk update.

Harini nak update pasal kek Birthday puteriku. Mmg malas tahap gaban sebenarnya bila suami request minta buatkan rainbow kek utk birthday anak. Disebabkan kami ni ramai anak buah ramai pula kanak2 yg memeriahkan majlis ni, terpaksa gigihkan juga kudrat utk buat rainbow cake ni. Budak2 suke lah kalau kek warna-warni ni...Agak leceh juga disebabkan semangat berkobar2 nk sambut birthday Humaira ibu jadi super power...1st birthday katakan..semua decoration hasil tangan ibu...:)

Cake ni bahan2nya senang jer yg lecehnye cara nak masak. Sebabnya kene masak satu2 layer...Sebelum ni saya pernah juga buat rainbow kek utk birthday suami. 1st trial katakan so hasilnya bg saya 2star ** jer...boleh rujuk sini Rainbow Cake

Kaji2 punye kaji, praktis punya praktis alhamdulillah hasil utk kek Humaira pon dah semakin meningkat walaupun blm capai 5star*****..Boleh laa...Jom cuci mata :)

Sumber : Rahel

Resepi

Krim Mentega

Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.

Rainbow Cake

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. - saya guna 8"(xsempat beli yg 6")
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.



pssttt ://Decoration cake terlalu comot sebab kesuntukan masa utk siapkan persiapan yang lain...mcm nk sambut menantu pulak majlisnya...:) Jadilah buat anak ibu happy walaupun seharian meragam xkene tempat beralih bulan agaknya...Hopefully Humaira happy dgn apa yang ibu sediakan :) Muahhh sayang Humaira


All decoration and setup semua by business baru ibu boleh la jengah2 disini -----> Nil Creative

Nil Creative sediakan paperbag, mineral personalized, food label, bubbletalk dll rajin2 lah jengah kesana :)

2.7.12

Lasagna



Kali ni nak post gambar dulu..hehehehe....renung lama-lama.... agak-agak dah terliur jom tgk resepi

Bahan-bahan :

Kulit Lasagna
Cheese Mozarela ( sy guna cheese keping jer)
Daging cincang (digoreng terlebih dahulu)
Mushroom (dipotong kecil)
Sayur Campur
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih dipotong dadu
Tomato Puree tin kecil
Sos tiram
2-3 sudu makan cili blender
Olive oil untuk menumis
Serbuk oregano
Sos putih

Bahan-bahan untuk buat sos putih :

Butter
250ml Susu UHT
2 sudu tepung gandum
Cheese (sy guna cheese keping)
Garam secukup rasa

Cara-cara buat sos putih :

1.  Cairkan butter dalam periuk atau kuali
2. Masukkan 2 sudu tepung gandum kacau sebati
3. Masukkan 250ml susu UHT
4. Kemudian masukkan cheese 4 keping dan kacau hingga sebati tutup api.

Setelah siap sediakan sos putih, boleh kita sediakan inti untuk lasagna ini....actually inti ni lebih kurang mcm masak pasta goreng cuma lasagna perlukan byk kuah sedikit..


Cara-cara buat inti lasagna :


1. Panaskan olive oil, kemudian tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau
2. Masukkan cili blender, masak hingga sedikit garing kemudian masukkan tomato puree dan sos tiram, masukkan sedikit air supaya kuah tidak pekat.
3. Agak-agak dah mendidih masukkan daging cincang, kemudian masukkan sayur campur dan mushroom, kacau sebati, masukkan sedikit serbuk oregano tambahkan air jika kuah terlalu pekat.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk melapis
5. Lapiskan kulit lasagna didalam bekas atau loyang pembakar, kemudian letakkan inti, atas inti tuangkan sos putih, lapiskan keju ulang lapisan hingga kulit lasagna, inti sos putih dan keju habis....akhir sekali lapisan terakhir adalah keju...Taburkan sedikit serbuk oregano diatas cheese dan bakar pada suhu 180C 30-40min atau sehingga lasagna masak.




8.6.12

Kek Coklat Moist Kukus Versi lll

Sekali lagi coklat kek kegemaranku, disini terdapat resepi yang sangat senang diikuti.
Actually dah ada 3 resepi kek coklat kukus dalam blog saya ni, bahan seakan-akan sama tetapi cara sedikit berbeza dan suggestion saya adalah versi 3 ni paling mudah dan senang diikuti dan hasilnya pon sangat...sangat...sangattt memuaskan, sumpah xtipu. Hehehe...kek nya sangat moist, basah seperti dijuala dikedai. Try ya!

Bahan A :
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung @ minyak masak

Bahan B :
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Bahan B diayak)

Bahan C :
4 Biji telur diblender

Cara-cara :
1. Panaskan pengukus dahulu, lenserkan loyang dengan marjerin.
2. Masukkan kesemua bahan A dalam satu periuk dan masak hingga berkilat, biarkan sejuk sedikit
3. Masukkan bahan B dan bahan C didalam bahan A, Bahan B dan Bahan C hendaklah dimasukkan sedikit demi sedikit diselang seli
Spt : Bahan B (kacau), Bahan C ( Kacau) dan ulang hingga bahan habis. Bahan terakhir ialah Bahan B
4. Kacau hingga sebati kemudian boleh la dikukus 45 min - 1 jam sehingga kek masak.



21.5.12

Puding Roti Wholegrain With Custard Sos


Bahan-bahan:

7 keping Roti Gandum Wholegrain atau Roti Gardenia Putih
650ml susu UHT/susu cair atau bancuh jer 1 gelas susu tepung 
3 sudu butter/marjerin
3 sudu gula
3 biji telur
Kismis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 170 oC
2. Sediakan loyang agak-agak boleh muat 7 keping roti, sebelum tu sapukan loyang dengan marjerin
3. Sapukan marjerin pada dasar roti dan potong 4, susunkan roti pada loyang taburkan sedikit kismis 
4. Didalam bekas lain pukul susu, telur, marjerin, gula dan esen vanilla
5. Tuangkan kedalam loyang dan tunggu 5 minit sehingga roti kembang
6. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 30min pada suhu 170 oC
7. Bila dah masak boleh dihidang dengan sos custard

Bahan-bahan sos custard :

1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara :

Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau dengan api perlahan.
*sentiasa kacau supaya tidak berketul, agak dah likat boleh tutup api dan sejukkan. 

Tuangkan sos custard keatas puding roti...sedapppp...

Psttt : Husband saya puji melambung...hehehe...


Lempeng Mentega

Assalamualaikum semua...
Minta maaf kepada yang minta resepi, saya lambat update...
Hari ni saya baru la berpeluang nak update semua resepi saya dalam blog. Sibuk dengan kerja rumah...

So resepi kali ni adalah lempeng mentega, resepi dari mak saya. Resepi ni sangatlah simple dan cepat dibuat, sesuai untuk minum pagi dan petang.

Bahan-bahan :
(untuk 2orang makan)

1cawan tepung gandum
1 sudu marjerin/butter/mentega
1 biji telur
4 sudu makan susu pekat manis
1-2 sudu makan gula (kalau xsuka manis xpayah letak)
1/2 cawan air untuk membancuh

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan kacau sehingga sebati ( bancuhan ni mmg pekat skit)
2. Panaskan kuali leper atau apa-apa jenis kuali masak lempeng menggunakan marjerin, masa nak balik2kan sapukan permukaan dgn marjerin/butter, masak hingga kekuningan
3. Siap! Lempeng ni rasa berlemak mmg sedap! Rugi xcuba...


23.4.12

Rainbow Cake

 Assalamualaikum wbt. seperti biasa memang saya yang paling pemalas buat masa ni nak update blog sebabnya saya jarang masak. Tapi oleh kerana excited dan happy sangat nk cuba satu resepi yang agaknya memang leceh nak buat, tp bila dah siap rasa puas hati sgt walaupun hasil xberapa kemas. 1st trial katakan...

Kek ni dibuat sempena menyambut Besday suami tercinta dan Anniversarry perkahwinan yang pertama (sama tarikh). Alhamdulillah syukur perkenalan kami selama 9 tahun akhirnya kami sah menjadi suami isteri, moga perkahwinan kami diberkati oleh Allah dan semoga suami tercinta sihat walafiat dan menjadi suami yang soleh yang dpt membimbing saya menjadi isteri yang solehah..Aminn...

Saja nk tunjuk skill saya kat suami...tapi oleh kerana dulu selalu buat kek reaksi die biasa jer tgk kek tu, yang terkejut dan terharunya saya hiasi kek tu dengan karakter cartoon kegemaran dia...hihihih HAGEMARU!!...(jadi jugak surprise saya)

Banyak bebel pon xsyiok jugak..check it out resepinya :)


Krim Mentega
Sumber : http://rahelblog-rahel.blogspot.com
Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.

Rainbow Cake
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria/http://rahelblog-rahel.blogspot.com

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. - saya guna 8"(xsempat beli yg 6")
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.




pssttt : rajin lah jenguk blog dari resepi asal mmg menggoda hasil rainbow kek beliau...salute lah, terketak lutut tgk kekemasannya...btw ni percubaan pertama saya...

Selamat Mencuba :)

19.2.12

Kek Coklat Moist Kukus Chef Zubaidah

Sumber : AlongRoz My Resepi

Walaupun keadaan saya xberapa nak stabil waktu ni oleh sebab rasa yg memuncak nk buat kek terus sy lupakan sumenye...After buat kek ni terus kiok habes tenaga saya...Alhamdulillah masih sihat lagi :)
Resepi kek coklat ni bg saya mencabar sbb susah saya nk pickup tok jadi kek yg lebih baik. So selalulah try and error. Kali ni sy try buat moist choc kukus ikut resepi chef zubaidah yg femes dikalangan sume blogger. Wpun jadi, still xcapai selera yg sy suka. Actually saya suka makan kek mcm kt secret recipe moist choc tu mmg padat sedap...itulah selera sy yg melampau.hehehe...tp Alhamdulillah suami saya ckp sedap...dia lah juri saya bila masak..hehehe..kalo sume pembaca nak try saya sarankan buat bukan xsedap tp ni bukan selera saya, tekak saya ni mahal skit utk rasa kek coklat, melampau...hehehe...Try lah..

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )

100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Cara-cara :
  1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.
Bahan-bahan icing :

Yg ni untuk sukatan saya :

1sudu serbuk koko
1 stgh sudu susu pekat
1/2 sudu butter

*Panaskan dengan kaedah double boiler kacau hingga pekat likat.


Ni hasil air tangan saya







13.2.12

Cream Puff

Assalamualaikum wbt semua, semoga semua dalam keadaan ceria sokmo, sorry la pada yang sudi menjeguk blog saya ni dah lama rasanya saya xupdate blog sebabnya saya dah kurang masuk dapur, berhenti sekejap dari memasak sebab saya perlukan rehat yang secukupnya. Dah xcukup tenaga nak masak...InsyAllah lepas berehat panjang nnt saya akan mula masuk dapur dan masak...masak dan masak spi lebam. Hehehe...Dengan izin Allah semoga apa yang Dia rancangkan membawa barakah kepada saya dan semua pembaca.

Resepi yang saya nak postkan arini sebenarnya dah lama saya masak cuma xupdate dalam blog jer.
Resepi kali ni cream puff kegemaran saya.

Sumber dari  : Kak Azlita Aziz

Bahan-bahan Puff :

100ml air
45g butter (potong kecil-kecil)
60g tepung gandum yang telah diayak
2 biji telur (100gram)
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Alaskan dulang oven dengan aluminium foil sapukan mentega.
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Whisk telur kuning dan telur putih supaya bercampur.
4. Tepung gandum di ayak
5. Masukkan air dan butter ke dalam periuk, masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
6. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
7. Panaskan semula adunan dengan api sederhana. Kemudian padamkan api.
8. Masukkan telur, kacau cepat-cepat.
9. Biarkan suam-suam dan masukkan kedalam piping bag, saya gunakan nozel utk buat kuih samperit
10. Pipekan keatas dulang yang dialas aluminium foil tadi, pipekan ikut cara masing-masing
11. Spraykan pemukaan puff dgn air dan bakar pada suhu 200C selama 15min, kemudian turunkan suhu pada 180C bakar selama 25min. Mengikut sumber kalau nak nampak puff tu cantik warna gold2 mcm kt kedai tu biarkan seketika didalam oven sebelum dkeluarkan.
12. Sejukkan puff sebelum diisikan dgn inti custard.

Bahan-bahan Inti Custard :

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (saiz L)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning
Cara-cara :

1. Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
2. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau sebati
3. Masukkan telur dan kacau lagi. 
4. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
5. Masukkan semua bahan (pewarna, esen vanilla) kedalam periuk masak dengan api yang sederhana. Masak sehingga pekat. 
6. Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.


Bila dah siap semua boleh la masukkan inti kedalam puff ( Puff hendaklah dibelah tengah)
Kalau nak cantik taburkan gula ising keatas permukaan cream puff.


Selamat Mencuba :)








11.1.12

Kek Coklat Moist Kukus

Siapa tgk resepi ni mesti xpercaya, so saya gerenti semua yang xpandai masak pon blh buat sambil tutup mata.

Actually ni kali ke 5 saya buat choc moist, dari yang pertama kali hingga ke 4 kalinya moist saya xpernah jadi, wpun berbagai-bagai resepi dh cuba still tgn xberbedong. Akhirnya kek yg xjadi berkampung didlm tong sampah :(

Usaha! Usaha! ptg td google comparekan resepi dari blog ke blog sifu, akhirnya dapat juga gabungkan resepi ni supaya saya sendiri senang ingt.

Tadi lepas habis buat meloncat-loncat sebab akhirnya jadi juga choc moist kek ni...yeayyyy!!!
Tapi mungkin resepi ni perlu diperbaiki memandangkan baru kali pertama buat.

Ok jom tgk resepi yang sempoi


BAHAN A 

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula yg dikisar halus
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 penutup esen vanilla

- Masukkan kesemua bahan-bahan diatas didalam periuk panaskan dengan api yang perlahan
(xperlu mendidih, sekadar larut dan sebatikan sahaja). Tutup api.

BAHAN B

4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
 # Kalau xde, guna tepung gandum pun blh
( tepung gandum + 1sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu baking powder = ayakkan semua bahan)

- Bahan-bahan ni blenderkan (guna blender yg selalu mesin cili-makesure basuh bersih-bersih)

- Sediakan loyang yang telah disapu marjerin
- Masukkan Bahan A kedalam Bahan B (Kacau sebati dan kukus dengan api yang sederhana dalam masa 45min-1jam)
- SIAP!!



2.1.12

Oreo Cheese Cake

Dapat oven jer masakan pertama saya adalah cheese cake. Alhamdulillah jadi juga resepi wpun percubaan yang pertama. Try yer.

Bahan-bahan base :

Biskut Oreo 2cawan (kisar halus, cream asingkan)
2 sudu butter

Bahan-bahan cake :

Philadelphia Cream Cheese 2kotak (Setiap kotak 250g)
1 cawan gula kastor
2 sudu tepung gandum
3 Biji telur
1biji jus lemon
1 1/2 penutup esen vanilla
Biskut oreo yang dipatah-patah

Cara-cara :

#Sebelum memulakan kerja, pastikan semua bahan dalam keadaan kering, dan bahan-bahan cake juga dalam suhu bilik supaya kerja dapat dijalankan dengan mudah.

Untuk base :

Masukkan butter didalam biskut oreo yang dihancurkan kepal-kepal dan buatkan base dibawah baking tin dan tekan-tekan sedikit hingga padat, masukkan dalam peti untuk memulakan proses yang seterusnya.

Untuk cake :

1. Pukul cream cheese hingga kembang, anggaran dalam 2-3min
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukan telur satu persatu, pukul setiap satu telur hingga sebati, kemudian masukkan telur yang seterusnya. Jangan masukkan sekali gus 3 biji telur.
4. Masukkan tepung dan pukul hingga sebati
5. Masukkan esen vanilla dan jus lemon dan pukul hingga sebati lagi, masukkan biskut yang dipatah-patah didalam adunan tadi( Biskut ni xperlu gaul sebati dgn adunan just campak2 je dlm adunan kek, tgk cth kek kat bawah ni)
6. Tuang adunan cake ke dalam baking tin. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan, seperti mengayak tepung.

Cara membakar :

Bakar guna teknik waterbath untuk hasil yang lebih cantik selama 45-55minit ( suhu 145' @ 150')
Waterbath : Lapikkan dulang yang berisi air dan letakan baking cake diatasnya. (kalau xfaham search youtube untuk lebih lanjut)

  Cream cheese boleh didapati di Cold Storage @ Tesco

 Hasilnya


Base dibawah cake

6.12.11

Roti Goreng Cheese Oregano

Assalamualaikum, lama rasanya xupdate resepi, sibuk sangat dengan kerja, sibuk² pon sempat tgk AFC Channel yer salin resepi. hehehe...Chef favourite Nigella Lawson dan Chef Jamie yang sempoi.
Kali ni saya nak update resepi yang dah dipelbagaikan oleh saya dcopy dari Nigella bite. Asalnya resepi ni xde oregano tapi saya sendiri pelbagaikan resepi, mmg jadi dan sedap rasa dan bau pon ala-ala pizza..

Bahan-bahan :

Roti Gandum (xkisah jenama apa, roti putih pon xpe)
Oregano whole
2 sudu Tepung gandum
Sosej Nutriplus 
Lada sulah
Telur (untuk salutan)
Cheese Cheddar ( resepi nigella xclap pakai mozarella)

Cara-cara :

1. Sediakan 2 bekas berasingan(saya guna pinggan-senang nk gelek)
- bekas pertama tuangkan tepung gandum, tabur sedikit oregano, lada sulah
- bekas kedua pecahkan telur pukul sekata

2. Ambil roti potongkan kulit tepi(xpotong pon xpe), sosej dihiris bersama cheese lipatkan roti
3. Tekan sedikit bahagian tepi supaya xterbuka lipatan, salutkan telur
4. Gelekan pula pada tepung gandum yang dah dicampur oregano.
5. Goreng hingga kekuningan
6. Siap dihidang, senangkan, makan bersama sos...nyummmm!!


15.11.11

Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit ni salah satu feveret my husband, kalo kat kedai mmg daging ni dia akan pilih,
kebetulan pulak abah saya mmg suka masak daging goreng ni dari kitorg kecik-kecik lagi, rasanya daging goreng ni femes bg org-org dari pantai timurkan. so resepi ni sikit-sikit dari resepi sana.

Daging goreng ni kadang kala kene hati-hati untuk menggoreng salah step daging boleh jd liat kalo xpdi caranya even dah rebus seempuk mana pon. Kakak ipar pon aritu ada masak daging goreng ni masa blk rmh mentua mungkin caranya berlainan skit dgn cara saya. Selera berlainan skit sbb dia ada gunakan serbuk kari, apapun selera ni ikut my husband nk daging empuk kunyit byk...hehehe.... check it out my resepi from pantai timur :)

Bahan-bahan :

Daging
2 inci halia diketuk
Cili dihiris (saya suka guna cili padi merah sbb aroma die berlainan skit, xpercaya try guna cili padi hijau, lain rasanya)
4 ulas bawang putih diketuk
1labu bawang besar dihiris
Garam
Serbuk kunyit

Cara-cara :

1. Daging direbus empuk bersama dengan hirisan halia, toskan daging.
2. Hiris halus-halus daging bak kata org tua hiris ikut urat supaya daging xberkecai. Gaulkan dengan kunyit dan garam secukup rasa ( husband saya suka lumur kunyit ni byk-byk, br ada umpphhh!!!)
3. Goreng dalam 2-3 min sahaja jgn lama-lama nnt daging jadi liat balik, Angkat
4. Kemudian tumis kesemua bahan-bahan diatas bila dah naik bau masukkan balik daging yg telah digoreng gaul-gaul sebentar agak dah sebati angkat dan siap untuk dihidang, simplekan...sure mmg empuk daging tu, org yg pakai gigi palsu pon xkan tercabut..hehehe...



Sayur Peria telur

Kali ni sayur mmg simple nak masak, actually ni salah satu juadah buka puasa arini teringin nak makan peria telur ni. Jom tgk bahan-bahannya

Bahan-bahan :

2biji bawang merah
3biji bawang putih
3btg cili padi
(sume bahan diatas ditumbuk lumat)
2biji sayur peria dipotong
2biji telur
Kunyit
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau
2. Bila dah layu sume bahan tumis masukkan peria, goreng hingga separuh layu
3. Kemudian pecahkan telur kacau rata dan taburkan sedikit serbuk kunyit.
4. Rasakan garam secukupnya.

Elok untuk kesihatan, bersyukurlah setiap apa yg Allah kurniakan diatas bumi ini ada khasiatnya. Manfaatkan.


11.11.11

Ikan Bakar ala Portugis

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih


1 batang serai
sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu penuh garam halus
1 sudu penuh gula
aluminium foil

Cara:

1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan.
3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. (Bahan A)
5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Lipatkan foil.
8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).


Garlic Bread instant

Cepat & Mudah
(Butter ni direcommed oleh kakak ipar, TQ!)

 Saya hanya gunakan garlic spread yg sedia ada dijual



Rupa bread yg sudah disapu



Ada jual dimana-mana pasar raya
Selamat Mencuba :)

10.11.11

Daging rebus air asam resepi abah

Lama rasanya xupdate blog makanan ni, sebenarnya byk masakan yg x diupdate lagi, sibuk dengan kerja ofis lagi-lagi hujung tahun ni byk keje pulak yg nk kene settle, almaklum jaga cuti semua pegawai spi diri sendiri xsempat nak ambik cuti, nk rehatkan badan, ni pun curik-curik masa nak update blog yg br nk tumbuh sawang.

Kali ni byk resepi berkaitan dengan daging  spi la ke menu raya haji mmg byk la masakan sume berpunca dr daging :) kali ni saya update masakan kelantan sume resepi ni bulat-bulat dari ayahanda ku yg berasal dari kelantan, bersangkut paut dengan mak yg cube outer-outer resepi ni ikut citarasanya, mak saya pulak berasal dari jakarta dong hehehe... elok la tu masakan kelantan + indonesia mmg mengancam jiwa. try jgn xtry tau makan dengan nasi panas-panas sedappp....tq bapak & mak mentua bekalkan daging qurban berkilo-kilo :)

Bahan-bahan :

Daging direbus dengan halia

Bahan kuah :

Air rebusan daging
1 biji bawang
5 biji cili padi
Air asam jawa
air asam limau
belacan
garam
ajinomoto
gula


Cara-cara :

1. Potong kecil-kecil daging yang direbus(ketepikan masuk dalam mangkuk) air rebusan daging jgn dibuang boleh dibuat kuah.
2. Untuk kuah potong dadu bawang besar, cili dihiris (masukkan dalam mangkuk berasingan)
3. Air rebusan daging, air asam jawa, air asam limau dan belacan dimasukkan dalam mangkuk bawang tadi
- nak sedap ramas-ramas guna tangan bahan-bahan kuah td supaya aroma kesemua bahan terasa.
4.Adjust rasa dengan garam,gula dan ajinomoto siap kuah masukkan kuah yg siap tuang dalam daging.

Siap!

Paprik daging sayur campur

Bahan- bahan :

Daging yang direbus potong kecil-kecil
Sayur putik jagung dipotong
Carrot dipotong panjang
*2biji bawang merah
*3ulas bawang putih
*Seinci halia
*2daun limau purut
*Sebatang serai
Cili padi dibelah dua
2 sudu cili kisar
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Daun limau purut
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Blend bahan-bahan bertanda (*)  kemudian tumis bahan blend dan cili api hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos tiram dan daun limau purut
3. Kacau hingga mendidih masukkan sayur-sayuran dan daging, kalau pekat tambahkan sedikit air
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api siap :)


2.11.11

Ayam bakar black pepper

(Untuk seorang makan)

Bahan-bahan :

Seketul ayam
*3 ulas bawang putih
*Seinci halia
*1 sudu makan lada hitam (nak lbh ikut citarasa)
3 ulas bawang putih lagi - digoreng, minyak jangan buang
1 sudu sos tiram
1 sudu madu
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) dalam lesung batu
2. Goreng bawang putih, setelah garing masukkan didalam lesung batu masukkan sekali minyak bawang putih, lenyek-lenyekan dengan batu lesung (macam buat rojak)
3. Masukkan sos tiram, madu, gula dan garam secukup rasa dalam lesung dan gaul sebati.
4. Sapukan pada ayam hingga sekata
5. Perap dalam setengah jam
6. Sedia untuk dibakar.







17.10.11

Kek kukus pelangi

First time masak kek, resepi ni baru dapat semalam dari kakak ke 3 saya (ramainya kakak...saya ada 4org kakak dan sorg kakak ipar). Beriya-riya benar suruh saya masak kek, katanya senang..siap dibekalkan tepung kek utk saya buat. Apa lagi blk keje siap-siap ke dapur try masak kek dengan perkataan Bismillah....hehe Alhamdulillah jadi jugak kek ni, tapi perlu baiki yg kurang.

Bahan-bahan :

2 cawan suku Tepung kek naik sendiri
1 cawan planta/marjerin
1 cawan gula castor
2 biji telur penuh gred A
2 biji kuning telur gred A
5 sudu makan susu pekat
1/2 kotak susu segar (kotak yg kecik)
1 sudu esen vanilla - Star brand
3 pewarna kek (kuning telur, merah jambu & hijau) - Star brand

Cara-cara :

1. Sekalikan marjerin/planta dan gula castor dalam satu bekas, pukul hingga sebati
2. Masukkan satu persatu telur termasuk kuning telur - masuk satu pukul,dan seterusnya.
3. Masukkan esen vanilla, sebatikan
4. Kemudian masukkan susu pekat disusuli susu segar - pastikan setiap satu persatu bahan hendaklah digaul sebati atau dipukul sebelum masuk bahan yg lain.
5. Masukkan sedikit-sedikit tepung kek naik sendiri dan gaul sebati.
6. Setelah sebati kesemuanya, bahagikan kepada 3 bahagian bancuhan td.
7. Setiap bancuhan titikkan beberapa titik dan gaul sebati, seterusnya warna lain.
8. Sapukan marjerin pada loyang dan curahkan sedikit demi sedikit di selang seli dgn bancuhan warna lain.
9. Kukus sehingga 1 jam setengah.



Bahagikan 3 bancuhan seperti didalam gambar ini
Bancuhan dituang mengikut corak sendiri (saya main tuang jer)
Hasilnya
Gebu

14.10.11

Roti Jala & Kuah Kari Daging

Roti jala ni dinner semalam, tp semalam xsempat nak update sbb penat sangat. So arini boleh tido lmbt untuk mengupdate blog.

Bahan-bahan untuk roti jala :

(Untuk 2 orang)
4 sudu tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
Secubit garam
( Semua bahan- bahan ni saya masukkan dlm blender dan blend spi gebu, tujuan senang untuk menjala xpayah pakai tapis)

Cara- cara :

1. Gunakan perkakas khas utk roti jala, sapukan planta pada kuali leper dan jalakan, agak2 dah kering lipat 3 segi nk gulung pon boleh. Siap.

Bahan-bahan untuk kuah kari :
( resepi dari mak saya, dulu masa bujang saya pernah catat dalam buku, belek-belek laci ternampak resepi mak saya. memang simple & menjadi sedap!) 

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Seinci halia
(Bahan-bahan diatas ditumbuk lumat)
2 Batang kulit kayu manis
2 Bunga lawang
Beberapa cengkih
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan serbuk kunyit
(kesemua serbuk dibancuh dengan air)
1/2 kotak santan
Air asam jawa
Daging direbus dan dipotong kecik
2 biji kentang dipotong petak
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau
2. Masukkan bancuhan serbuk kari, kacau hingga naik bau
3. Masukkan sedikit air asam jawa, bila mendidih
4. Masukkan santan dan kacau, tgg mendidih lagi
5. Masukkan daging dan kentang, masak hingga daging dan kentang empuk
6. Masukkan garam secukup rasa. Siap!