(Untuk seorang makan)
Bahan-bahan :
Seketul ayam
*3 ulas bawang putih
*Seinci halia
*1 sudu makan lada hitam (nak lbh ikut citarasa)
3 ulas bawang putih lagi - digoreng, minyak jangan buang
1 sudu sos tiram
1 sudu madu
Garam
Gula
Cara-cara :
1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) dalam lesung batu
2. Goreng bawang putih, setelah garing masukkan didalam lesung batu masukkan sekali minyak bawang putih, lenyek-lenyekan dengan batu lesung (macam buat rojak)
3. Masukkan sos tiram, madu, gula dan garam secukup rasa dalam lesung dan gaul sebati.
4. Sapukan pada ayam hingga sekata
5. Perap dalam setengah jam
6. Sedia untuk dibakar.
Sedapnye ida...nak try wat la..bakar dlm oven ok x? sbb xde pemanggang nak grill mcm ni..
ReplyDeleteboleh jer norin masuk dalam oven masa bakar asap xbyk kuar. lg sedap sebenarnya..
ReplyDeletewaaah sedaaapnya... terliur akak tgk tau... nak ckit.... :)
ReplyDeletealaa..kak diana masak lg sedapp tau, spi melelh air liur...hehehe
ReplyDelete