Kek ni dibuat sempena menyambut Besday suami tercinta dan Anniversarry perkahwinan yang pertama (sama tarikh). Alhamdulillah syukur perkenalan kami selama 9 tahun akhirnya kami sah menjadi suami isteri, moga perkahwinan kami diberkati oleh Allah dan semoga suami tercinta sihat walafiat dan menjadi suami yang soleh yang dpt membimbing saya menjadi isteri yang solehah..Aminn...
Saja nk tunjuk skill saya kat suami...tapi oleh kerana dulu selalu buat kek reaksi die biasa jer tgk kek tu, yang terkejut dan terharunya saya hiasi kek tu dengan karakter cartoon kegemaran dia...hihihih HAGEMARU!!...(jadi jugak surprise saya)
Banyak bebel pon xsyiok jugak..check it out resepinya :)
Krim Mentega
Sumber : http://rahelblog-rahel.blogspot.com
Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising
Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.
Rainbow Cake
Sumber : Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria/http://rahelblog-rahel.blogspot.com
Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. - saya guna 8"(xsempat beli yg 6")
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
pssttt : rajin lah jenguk blog dari resepi asal mmg menggoda hasil rainbow kek beliau...salute lah, terketak lutut tgk kekemasannya...btw ni percubaan pertama saya...
Selamat Mencuba :)
kagum2~`
ReplyDeletebestnya...nak satu...he3
ReplyDeleteBaru trial pun dah marvelous.. kalau btul2 dh blh amik order ni.. Hihi
ReplyDelete