15.11.11

Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit ni salah satu feveret my husband, kalo kat kedai mmg daging ni dia akan pilih,
kebetulan pulak abah saya mmg suka masak daging goreng ni dari kitorg kecik-kecik lagi, rasanya daging goreng ni femes bg org-org dari pantai timurkan. so resepi ni sikit-sikit dari resepi sana.

Daging goreng ni kadang kala kene hati-hati untuk menggoreng salah step daging boleh jd liat kalo xpdi caranya even dah rebus seempuk mana pon. Kakak ipar pon aritu ada masak daging goreng ni masa blk rmh mentua mungkin caranya berlainan skit dgn cara saya. Selera berlainan skit sbb dia ada gunakan serbuk kari, apapun selera ni ikut my husband nk daging empuk kunyit byk...hehehe.... check it out my resepi from pantai timur :)

Bahan-bahan :

Daging
2 inci halia diketuk
Cili dihiris (saya suka guna cili padi merah sbb aroma die berlainan skit, xpercaya try guna cili padi hijau, lain rasanya)
4 ulas bawang putih diketuk
1labu bawang besar dihiris
Garam
Serbuk kunyit

Cara-cara :

1. Daging direbus empuk bersama dengan hirisan halia, toskan daging.
2. Hiris halus-halus daging bak kata org tua hiris ikut urat supaya daging xberkecai. Gaulkan dengan kunyit dan garam secukup rasa ( husband saya suka lumur kunyit ni byk-byk, br ada umpphhh!!!)
3. Goreng dalam 2-3 min sahaja jgn lama-lama nnt daging jadi liat balik, Angkat
4. Kemudian tumis kesemua bahan-bahan diatas bila dah naik bau masukkan balik daging yg telah digoreng gaul-gaul sebentar agak dah sebati angkat dan siap untuk dihidang, simplekan...sure mmg empuk daging tu, org yg pakai gigi palsu pon xkan tercabut..hehehe...



Sayur Peria telur

Kali ni sayur mmg simple nak masak, actually ni salah satu juadah buka puasa arini teringin nak makan peria telur ni. Jom tgk bahan-bahannya

Bahan-bahan :

2biji bawang merah
3biji bawang putih
3btg cili padi
(sume bahan diatas ditumbuk lumat)
2biji sayur peria dipotong
2biji telur
Kunyit
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau
2. Bila dah layu sume bahan tumis masukkan peria, goreng hingga separuh layu
3. Kemudian pecahkan telur kacau rata dan taburkan sedikit serbuk kunyit.
4. Rasakan garam secukupnya.

Elok untuk kesihatan, bersyukurlah setiap apa yg Allah kurniakan diatas bumi ini ada khasiatnya. Manfaatkan.


11.11.11

Ikan Bakar ala Portugis

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih


1 batang serai
sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu penuh garam halus
1 sudu penuh gula
aluminium foil

Cara:

1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan.
3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. (Bahan A)
5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Lipatkan foil.
8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).


Garlic Bread instant

Cepat & Mudah
(Butter ni direcommed oleh kakak ipar, TQ!)

 Saya hanya gunakan garlic spread yg sedia ada dijual



Rupa bread yg sudah disapu



Ada jual dimana-mana pasar raya
Selamat Mencuba :)

10.11.11

Daging rebus air asam resepi abah

Lama rasanya xupdate blog makanan ni, sebenarnya byk masakan yg x diupdate lagi, sibuk dengan kerja ofis lagi-lagi hujung tahun ni byk keje pulak yg nk kene settle, almaklum jaga cuti semua pegawai spi diri sendiri xsempat nak ambik cuti, nk rehatkan badan, ni pun curik-curik masa nak update blog yg br nk tumbuh sawang.

Kali ni byk resepi berkaitan dengan daging  spi la ke menu raya haji mmg byk la masakan sume berpunca dr daging :) kali ni saya update masakan kelantan sume resepi ni bulat-bulat dari ayahanda ku yg berasal dari kelantan, bersangkut paut dengan mak yg cube outer-outer resepi ni ikut citarasanya, mak saya pulak berasal dari jakarta dong hehehe... elok la tu masakan kelantan + indonesia mmg mengancam jiwa. try jgn xtry tau makan dengan nasi panas-panas sedappp....tq bapak & mak mentua bekalkan daging qurban berkilo-kilo :)

Bahan-bahan :

Daging direbus dengan halia

Bahan kuah :

Air rebusan daging
1 biji bawang
5 biji cili padi
Air asam jawa
air asam limau
belacan
garam
ajinomoto
gula


Cara-cara :

1. Potong kecil-kecil daging yang direbus(ketepikan masuk dalam mangkuk) air rebusan daging jgn dibuang boleh dibuat kuah.
2. Untuk kuah potong dadu bawang besar, cili dihiris (masukkan dalam mangkuk berasingan)
3. Air rebusan daging, air asam jawa, air asam limau dan belacan dimasukkan dalam mangkuk bawang tadi
- nak sedap ramas-ramas guna tangan bahan-bahan kuah td supaya aroma kesemua bahan terasa.
4.Adjust rasa dengan garam,gula dan ajinomoto siap kuah masukkan kuah yg siap tuang dalam daging.

Siap!

Paprik daging sayur campur

Bahan- bahan :

Daging yang direbus potong kecil-kecil
Sayur putik jagung dipotong
Carrot dipotong panjang
*2biji bawang merah
*3ulas bawang putih
*Seinci halia
*2daun limau purut
*Sebatang serai
Cili padi dibelah dua
2 sudu cili kisar
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Daun limau purut
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Blend bahan-bahan bertanda (*)  kemudian tumis bahan blend dan cili api hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos tiram dan daun limau purut
3. Kacau hingga mendidih masukkan sayur-sayuran dan daging, kalau pekat tambahkan sedikit air
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api siap :)


2.11.11

Ayam bakar black pepper

(Untuk seorang makan)

Bahan-bahan :

Seketul ayam
*3 ulas bawang putih
*Seinci halia
*1 sudu makan lada hitam (nak lbh ikut citarasa)
3 ulas bawang putih lagi - digoreng, minyak jangan buang
1 sudu sos tiram
1 sudu madu
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) dalam lesung batu
2. Goreng bawang putih, setelah garing masukkan didalam lesung batu masukkan sekali minyak bawang putih, lenyek-lenyekan dengan batu lesung (macam buat rojak)
3. Masukkan sos tiram, madu, gula dan garam secukup rasa dalam lesung dan gaul sebati.
4. Sapukan pada ayam hingga sekata
5. Perap dalam setengah jam
6. Sedia untuk dibakar.







17.10.11

Kek kukus pelangi

First time masak kek, resepi ni baru dapat semalam dari kakak ke 3 saya (ramainya kakak...saya ada 4org kakak dan sorg kakak ipar). Beriya-riya benar suruh saya masak kek, katanya senang..siap dibekalkan tepung kek utk saya buat. Apa lagi blk keje siap-siap ke dapur try masak kek dengan perkataan Bismillah....hehe Alhamdulillah jadi jugak kek ni, tapi perlu baiki yg kurang.

Bahan-bahan :

2 cawan suku Tepung kek naik sendiri
1 cawan planta/marjerin
1 cawan gula castor
2 biji telur penuh gred A
2 biji kuning telur gred A
5 sudu makan susu pekat
1/2 kotak susu segar (kotak yg kecik)
1 sudu esen vanilla - Star brand
3 pewarna kek (kuning telur, merah jambu & hijau) - Star brand

Cara-cara :

1. Sekalikan marjerin/planta dan gula castor dalam satu bekas, pukul hingga sebati
2. Masukkan satu persatu telur termasuk kuning telur - masuk satu pukul,dan seterusnya.
3. Masukkan esen vanilla, sebatikan
4. Kemudian masukkan susu pekat disusuli susu segar - pastikan setiap satu persatu bahan hendaklah digaul sebati atau dipukul sebelum masuk bahan yg lain.
5. Masukkan sedikit-sedikit tepung kek naik sendiri dan gaul sebati.
6. Setelah sebati kesemuanya, bahagikan kepada 3 bahagian bancuhan td.
7. Setiap bancuhan titikkan beberapa titik dan gaul sebati, seterusnya warna lain.
8. Sapukan marjerin pada loyang dan curahkan sedikit demi sedikit di selang seli dgn bancuhan warna lain.
9. Kukus sehingga 1 jam setengah.



Bahagikan 3 bancuhan seperti didalam gambar ini
Bancuhan dituang mengikut corak sendiri (saya main tuang jer)
Hasilnya
Gebu

14.10.11

Roti Jala & Kuah Kari Daging

Roti jala ni dinner semalam, tp semalam xsempat nak update sbb penat sangat. So arini boleh tido lmbt untuk mengupdate blog.

Bahan-bahan untuk roti jala :

(Untuk 2 orang)
4 sudu tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
1 biji telur
Secubit garam
( Semua bahan- bahan ni saya masukkan dlm blender dan blend spi gebu, tujuan senang untuk menjala xpayah pakai tapis)

Cara- cara :

1. Gunakan perkakas khas utk roti jala, sapukan planta pada kuali leper dan jalakan, agak2 dah kering lipat 3 segi nk gulung pon boleh. Siap.

Bahan-bahan untuk kuah kari :
( resepi dari mak saya, dulu masa bujang saya pernah catat dalam buku, belek-belek laci ternampak resepi mak saya. memang simple & menjadi sedap!) 

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Seinci halia
(Bahan-bahan diatas ditumbuk lumat)
2 Batang kulit kayu manis
2 Bunga lawang
Beberapa cengkih
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu makan serbuk kunyit
(kesemua serbuk dibancuh dengan air)
1/2 kotak santan
Air asam jawa
Daging direbus dan dipotong kecik
2 biji kentang dipotong petak
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau
2. Masukkan bancuhan serbuk kari, kacau hingga naik bau
3. Masukkan sedikit air asam jawa, bila mendidih
4. Masukkan santan dan kacau, tgg mendidih lagi
5. Masukkan daging dan kentang, masak hingga daging dan kentang empuk
6. Masukkan garam secukup rasa. Siap!








Sizzling Yee Mee

Bahan-bahan :

1 sanggul (yee mee)
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris
4 tangkai cili kering dipotong
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 2
5 tangkai sayur sawi dipotong
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa  (saya xde stok so xletak ayam)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
Serbuk lada hitam
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering hingga naik bau.
2. Jika ada ayam, masukkan ayam yg telah potong masak sehingga agak empuk.
3. Masukkan 1 1/2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. Masukkan cendawan serta sayur sawi - tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titiskan 2-3 titik minyak bijan
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas.

Ini rupa minyak bijan, pastikan ada logo halal

Ini pula rupa cendawan shitake, cendawan ni mahal tp kat carefour ada yg jual peket kecik harga dalam RM6.90

  Ini hasilnya, rasa macam kat kedai, boleh cuba lagi.
 



12.10.11

Sambal Paru Kering

Bahan-bahan :

Paru
Asam keping
4 sudu besar Cili kering kisar (nak sedap guna cili masak, blendkan)
*3biji Bawang kecik ditumbuk
*2 biji Bawang putih ditumbuk
*Seinci halia ditumbuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
Seinci belacan
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Rebus paru dgn asam keping hingga empuk toskan, potong kecil-kecil dan goreng garing, ketepikan.
2. Tumis bahan bertanda (*) hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga naik bau, masukkan sedikit belacan dan kacau.
4. Kacau hingga sambal jadi pekat atau kering, masukkan gula dan garam (adjust rasa)
5. Masukkan paru yg digoreng garing dan gaul, taburkan bawang yg dipotong bulat dan tutup api.




Roti John

Bahan-bahan :

Roti hotdog
Daging cincang
Telur ( kuantiti ikut keperluan)
Bawang besar didadu
Lada hitam tumbuk halus
Serbuk kari daging babas
Seasoning maggi
Mentega atau planta
Garam

Bahan lain :

Timun
Tomato
Kobis
Cili sos
Tomato sos
Mayonis
* Potong kecik-kecik sayur-sayuran diatas.


Cara-cara :

1. Belah 2 roti hotdog sapukan dgn mentega atau planta, ketepikan.
2. Goreng bawang yg dipotong dadu hingga layu, ketepikan
3. Goreng daging cincang bersama dgn lada hitam tanpa minyak hingga garing, ketepikan
3. Pecahkan telur dalam bekas masukkan bawang dan daging cincang tadi dan gaul
4. Masukkan pula serbuk kari mengikut citarasa masing-masing gaulkan
5. Titiskan 2-3 titis seasoning maggi dan tambahkan garam sedikit dalam bancuhan tadi.
6. Sediakan kuali leper, tuangkan bancuhan telur tadi keatas kuali dan tekapkan roti
7. Adjustkan sisa telur tepekkan pd tepi roti utk npk lebih kemas. Balik-balikkan roti hingga masak.
8. Isikan sayur-sayuran kedalam belahan roti tuang sos cili,tomato dan mayonis.
9.Siap dan potong kecik-kecik dan hidang.




Kuah Dal

Resepi ni saya amek sebijik-sebijik dalam "my resepi" Alhamdulillah jadi kuah dal saya. Makan bersama capati (saya beli frozen jer)

Bahan-bahan :

1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
2 biji kentang dibelah
Sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
Minyak
Garam
Gula

Cara-cara :
  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap 








Pasta goreng resepi sendiri

Bahan-bahan :

(2 orang makan)
1/3 Pasta kering
1/2 biji Bawang holland (didadu)
3 ulas Bawang putih (didadu)
Daging cincang
3 sudu makan tomato puree
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil serbuk kari
Sayur campur
1 biji Telur
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Rebus pasta hingga empuk, untuk elakkan melekat tuangkan sedikit minyak dalam rebusan
2. Goreng daging cincang tanpa minyak hingga garing, ketepikan.
3. Tumis bawang besar holland dan bawang putih hingga naik bau.
4. Masukkan tomato puree, cili kisar dan sos tiram, kacau rata
5. Agak-agak separuh mendidih masukkan serbuk kari, kacau rata, kalo rasa pekat tambahkan air sikit.
6. Masukkan daging cincang dan sayur campur gaul sekata.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
8. Kemudian masukkan pasta dan gaul, lubangkan tgh-tgh dan pecahkan telur.
9. Gaul hingga rata atau spi telur kering. siap dihidang.





9.10.11

Ayam Goreng Tepung Berempah

Bahan-bahan :

6 ketul ayam
2 sudu Tepung jagung
2 sudu Serbuk jintan manis babas
2 sudu Serbuk jintan putih babas
2 sudu Serbuk ketumbar babas
1 sudu Serbuk kunyit babas
2 sudu Serbuk kari daging babas
Garam

Cara-cara :

1.Cara saya bersihkan ayam, buang semua lemak dan rendam dengan air tepung gandum, elak kurang bau hanyir ayam.
2.Toskan ayam
3.Masukkan kesemua serbuk babas, tepung jagung, garam secukup rasa dan perap hingga 30 minit
4.Goreng dgn minyak penuh



30.9.11

Menu hujung minggu - Siakap 3 rasa dan terung bakar

Hujung minggu ni saya stay kat rumah, selalu husband akan ajak pergi rumah mak di selayang katanya dekat nk pergi kerja. Almaklumlah Putrajaya ke KL blh tahan jgk jauhnya. Tapi husband diam je xkata pon nk pergi rumah mak so snng skit ddk rumah ni, blh settlekan keje rumah. Hujung minggu mmg masa utk berehat jela, dh 5hari bekerja di ofis, 2hari jela dpt rehatkan badan.

Arini husband shift petang masuk pkl 3, so sempat la nak lunch sama, menu arini siakap 3 rasa dan terung bakar permintaannya. Blh la ada masa yg byk tok masak yg heavy skit. Terung bakar & air asam ni resepi dari mak, 1st time husband pernah makan terung bakar mak saya yg buat, berselera sungguh, so arini selitkan skit sayur terung bakar. katanya dah jadi favourite..iyolah..hehehe..

Bahan- bahan :

(Bahan utk terung bakar)
Terung
Minyak

(Bahan utk air asam)
Bawang (didadu)
Cili padi (hiris)
4 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lime knorr (blh digantikan dgn sebiji limau kasturi)
Sedikit belacan
Garam
Ajinomoto
Gula


Cara-cara :

1.Panggang terung dgn kuali leper letak minyak sikit jer, panggang hingga separuh layu. Siap!
2.Untuk air asam, Masukkan kesemua bahan-bahan diatas dalam mangkuk dan campurkan dgn sedikit air, ramas skit supaya terasa manis bawang, kepedasan cili padi & kenikmatan belacan.
 3.Masukkan garam,ajinomoto dan gula mengikut citarasa masing. Siap!





 Untuk resepi siakap 3 rasa sila klik disini -----> Siakap 3 rasa

Dalam pada nak siapkan lunch sempat juga siapkan bekal untuk husband, daging masak merah (semalam husband dah siap beli kt kedai makan di pantai dalam tempat favourite) konon nk bg saya makan tp dah masak siakap ni membazir pulak so siapkan lah bekal utk husband, daging ni memang sedap, nk try masak tp mcm xde idea jer nk masukkn bahan-bahan, serius mmg sdp sgt daging masak merah ni, no wonder husband siap tapaukan utk saya...saya siap2 masakkan telur dadar jer. Kalau lah dapat resepi daging merah ni mmg byk kali saya masak tanpa jemu.hehehe...  delicious nyum..nyumm!!!

Psst : Nasib baik husband jenis org yg xkisah bawak bekal, Alhamdulillah..senang hatiku :)

Psst : Kalo dpt jumpe makcik buat daging merah ni, saya dgn xmalu nk mintak resepi..hehe..

29.9.11

Black pepper beef spagetti

Malam ni rajin skit nk post skali gus 2 menu, menu yg ni simple jer. spagetti, resepi ni kakak saya yg ajar. memang sedap!

Bahan-bahan :

Spagetti san remo no.5
1 tin Preggo cheese and herbs
1 tin Prego traditional
1 tin Cendawan hiris
Daging cincang
Lada hitam
1 biji besar bawang holland (didadu)
1/2 buku bawang putih (didadu)
garam

Cara-cara :

1.Goreng daging cincang dgn lada hitam (jgn letak minyak sebab air daging akan keluar sendiri semasa menggoreng) hingga separuh garing danketepikan
2.Tumis bawang holland dan bawang putih yg dipotong dadu hingga layu
3.Masukkan prego traditional, herb and cheese, cendawan hiris dalam tin dan daging yg digoreng td
4.Masukkan garam adjust mengikut citarasa siap.

Prego Traditional
 Prego Cheese & Herbs




Ayam masak lemak cili padi

Malam ni tiba-tiba nak try masakan yg saya sendiri xpernah masak semenjak bergelar isteri, selalu permintaan husband ikan goreng & sayur goreng yg plg kerap saya masak, alhamdulillah dpt husband yg xcerewet ni. tapi malam ni rasa mcm nk masak heavy skit blh la esk lunch mkn masak lomak ni. InshAllah kalo masak dgn niat ikhlas apa pun akan jadi. Alhamdulillah tgg husband blk keje ni minta bg thumb up skit..hehehe..

Bahan-bahan :

6 ketul ayam
*2 ulas bawang kecik
*3 ulas bawang putih
*Kunyit
*Cili padi
Serai diketuk
Daun kunyit (tapi sy xletak sbb xde stok)
Asam keping
1/2 kotak santan (kecik)

Cara-cara :

1.Kisar bahan-bahan bertanda (*)
2.Masukkan ayam, bahan kisar dan serai dalam periuk, biarkan bahan-bahan kisar meresap kedalam ayam.
3.Masukkan santan & sedikit air, kacau dan kacau jgn spi pecah minyak.
4.Masukkan asam keping
5.Akhir sekali masukkan garam & gula adjust mengikut citarasa.

27.9.11

Baked Beans dan sosej

Yang ni sarapan pagi saya, teringat dulu-dulu abah saya selalu masak baked bean, sosej dan sayur saleri makan dgn mayonis. Berebut-rebut adik beradik makan spi xcukup, tapi seronok, saya untung dapat abah pandai masak :) Sekali sekala nk imbau kenangan makan baked beans ni share story dgn husband sekali story pon sama hehe..mungkin sume org pon pernah makan resepi mcm ni kan.

Bahan-bahan :

Sosej Nutriplus
Telur
Baked bean
Cili padi (diketuk)
Bawang (dihiris)
Sos cili

Cara-cara :

1.Tumis bawang yg dihiris bersama cili yang diketuk hingga separuh layu
2.Masukkan baked beans (saya tambah sedikit air supaya kuah xterlalu pekat)
3.Tunggu spi mendidih angkat. siap utk baked bean
4.Goreng telur dan hancurkan. siap!
5.Akhir sekali goreng sosej seperti biasa tp jangan terlalu lama.

Siap dihidang, sarapan paling mudah dan cepat 10minit blh siap.




26.9.11

Siakap 3 Rasa

 

Bahan-bahan :

Ikan siakap (dilumur dgn garam, kunyit & tepung jagung)
4 sudu makan cili kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram

*Cili benggala merah
*Cili benggala hijau
Timun
Tomato
Bawang besar Holland
(semua bahan diatas dipotong dadu)

*Bawang Putih (diketuk)
*Serai (dihiris)
Gula
Garam

Cara-cara :

1.Goreng ikan dgn minyak yg penuh, siap ketepikan.
2.Tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato & sos tiram, bila mendidih masukkan stgh cawan air (supaya kuah xterlalu pekat)
4.Masukkan timun dan tomato (perlahankan api supaya timun & tomato xterlalu layu)
5.Masukkan garam & gula secukup rasa.
6.Siap dan tuang pada ikan yg telah siap digoreng



Siap dihidang :)