12.10.11

Kuah Dal

Resepi ni saya amek sebijik-sebijik dalam "my resepi" Alhamdulillah jadi kuah dal saya. Makan bersama capati (saya beli frozen jer)

Bahan-bahan :

1 cawan kacang dal
2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
1 biji terung sederhana besar dihiris (jangan nipis sangat)
2 biji kentang dibelah
Sedikit serbuk kunyit
**1 inci halia diracik
**2 biji bawang putih diracik
**3-4 biji bawang kecil dimayang
**sedikit daun kari
**sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis
**1 sudu kecil biji sawi (mustard seed)
3 biji cili hijau dihiris (jangan nipis sangat)
Minyak
Garam
Gula

Cara-cara :
  1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk, masukkan serbuk kunyit.
  2. Bila kacang dal dah agak agak empuk, masukkan carrot & kentang ke dalam rebusan dal tadi & teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung & cili. Cili seeloknya dipotong besar. Teruskan merebus lagi sehingga terung masak.
  4. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda ** sehingga layu & naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
  5. Rasakan garam & gula ikut selera masing masing masing & siap 








1 comment:

  1. nampak mcm senang..tapi kena try ni...hihi..

    ReplyDelete