30.9.11

Menu hujung minggu - Siakap 3 rasa dan terung bakar

Hujung minggu ni saya stay kat rumah, selalu husband akan ajak pergi rumah mak di selayang katanya dekat nk pergi kerja. Almaklumlah Putrajaya ke KL blh tahan jgk jauhnya. Tapi husband diam je xkata pon nk pergi rumah mak so snng skit ddk rumah ni, blh settlekan keje rumah. Hujung minggu mmg masa utk berehat jela, dh 5hari bekerja di ofis, 2hari jela dpt rehatkan badan.

Arini husband shift petang masuk pkl 3, so sempat la nak lunch sama, menu arini siakap 3 rasa dan terung bakar permintaannya. Blh la ada masa yg byk tok masak yg heavy skit. Terung bakar & air asam ni resepi dari mak, 1st time husband pernah makan terung bakar mak saya yg buat, berselera sungguh, so arini selitkan skit sayur terung bakar. katanya dah jadi favourite..iyolah..hehehe..

Bahan- bahan :

(Bahan utk terung bakar)
Terung
Minyak

(Bahan utk air asam)
Bawang (didadu)
Cili padi (hiris)
4 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lime knorr (blh digantikan dgn sebiji limau kasturi)
Sedikit belacan
Garam
Ajinomoto
Gula


Cara-cara :

1.Panggang terung dgn kuali leper letak minyak sikit jer, panggang hingga separuh layu. Siap!
2.Untuk air asam, Masukkan kesemua bahan-bahan diatas dalam mangkuk dan campurkan dgn sedikit air, ramas skit supaya terasa manis bawang, kepedasan cili padi & kenikmatan belacan.
 3.Masukkan garam,ajinomoto dan gula mengikut citarasa masing. Siap!





 Untuk resepi siakap 3 rasa sila klik disini -----> Siakap 3 rasa

Dalam pada nak siapkan lunch sempat juga siapkan bekal untuk husband, daging masak merah (semalam husband dah siap beli kt kedai makan di pantai dalam tempat favourite) konon nk bg saya makan tp dah masak siakap ni membazir pulak so siapkan lah bekal utk husband, daging ni memang sedap, nk try masak tp mcm xde idea jer nk masukkn bahan-bahan, serius mmg sdp sgt daging masak merah ni, no wonder husband siap tapaukan utk saya...saya siap2 masakkan telur dadar jer. Kalau lah dapat resepi daging merah ni mmg byk kali saya masak tanpa jemu.hehehe...  delicious nyum..nyumm!!!

Psst : Nasib baik husband jenis org yg xkisah bawak bekal, Alhamdulillah..senang hatiku :)

Psst : Kalo dpt jumpe makcik buat daging merah ni, saya dgn xmalu nk mintak resepi..hehe..

29.9.11

Black pepper beef spagetti

Malam ni rajin skit nk post skali gus 2 menu, menu yg ni simple jer. spagetti, resepi ni kakak saya yg ajar. memang sedap!

Bahan-bahan :

Spagetti san remo no.5
1 tin Preggo cheese and herbs
1 tin Prego traditional
1 tin Cendawan hiris
Daging cincang
Lada hitam
1 biji besar bawang holland (didadu)
1/2 buku bawang putih (didadu)
garam

Cara-cara :

1.Goreng daging cincang dgn lada hitam (jgn letak minyak sebab air daging akan keluar sendiri semasa menggoreng) hingga separuh garing danketepikan
2.Tumis bawang holland dan bawang putih yg dipotong dadu hingga layu
3.Masukkan prego traditional, herb and cheese, cendawan hiris dalam tin dan daging yg digoreng td
4.Masukkan garam adjust mengikut citarasa siap.

Prego Traditional
 Prego Cheese & Herbs




Ayam masak lemak cili padi

Malam ni tiba-tiba nak try masakan yg saya sendiri xpernah masak semenjak bergelar isteri, selalu permintaan husband ikan goreng & sayur goreng yg plg kerap saya masak, alhamdulillah dpt husband yg xcerewet ni. tapi malam ni rasa mcm nk masak heavy skit blh la esk lunch mkn masak lomak ni. InshAllah kalo masak dgn niat ikhlas apa pun akan jadi. Alhamdulillah tgg husband blk keje ni minta bg thumb up skit..hehehe..

Bahan-bahan :

6 ketul ayam
*2 ulas bawang kecik
*3 ulas bawang putih
*Kunyit
*Cili padi
Serai diketuk
Daun kunyit (tapi sy xletak sbb xde stok)
Asam keping
1/2 kotak santan (kecik)

Cara-cara :

1.Kisar bahan-bahan bertanda (*)
2.Masukkan ayam, bahan kisar dan serai dalam periuk, biarkan bahan-bahan kisar meresap kedalam ayam.
3.Masukkan santan & sedikit air, kacau dan kacau jgn spi pecah minyak.
4.Masukkan asam keping
5.Akhir sekali masukkan garam & gula adjust mengikut citarasa.

27.9.11

Baked Beans dan sosej

Yang ni sarapan pagi saya, teringat dulu-dulu abah saya selalu masak baked bean, sosej dan sayur saleri makan dgn mayonis. Berebut-rebut adik beradik makan spi xcukup, tapi seronok, saya untung dapat abah pandai masak :) Sekali sekala nk imbau kenangan makan baked beans ni share story dgn husband sekali story pon sama hehe..mungkin sume org pon pernah makan resepi mcm ni kan.

Bahan-bahan :

Sosej Nutriplus
Telur
Baked bean
Cili padi (diketuk)
Bawang (dihiris)
Sos cili

Cara-cara :

1.Tumis bawang yg dihiris bersama cili yang diketuk hingga separuh layu
2.Masukkan baked beans (saya tambah sedikit air supaya kuah xterlalu pekat)
3.Tunggu spi mendidih angkat. siap utk baked bean
4.Goreng telur dan hancurkan. siap!
5.Akhir sekali goreng sosej seperti biasa tp jangan terlalu lama.

Siap dihidang, sarapan paling mudah dan cepat 10minit blh siap.




26.9.11

Siakap 3 Rasa

 

Bahan-bahan :

Ikan siakap (dilumur dgn garam, kunyit & tepung jagung)
4 sudu makan cili kisar
4 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram

*Cili benggala merah
*Cili benggala hijau
Timun
Tomato
Bawang besar Holland
(semua bahan diatas dipotong dadu)

*Bawang Putih (diketuk)
*Serai (dihiris)
Gula
Garam

Cara-cara :

1.Goreng ikan dgn minyak yg penuh, siap ketepikan.
2.Tumis bahan bertanda (*) sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato & sos tiram, bila mendidih masukkan stgh cawan air (supaya kuah xterlalu pekat)
4.Masukkan timun dan tomato (perlahankan api supaya timun & tomato xterlalu layu)
5.Masukkan garam & gula secukup rasa.
6.Siap dan tuang pada ikan yg telah siap digoreng



Siap dihidang :)