15.11.11

Daging Goreng Kunyit

Daging goreng kunyit ni salah satu feveret my husband, kalo kat kedai mmg daging ni dia akan pilih,
kebetulan pulak abah saya mmg suka masak daging goreng ni dari kitorg kecik-kecik lagi, rasanya daging goreng ni femes bg org-org dari pantai timurkan. so resepi ni sikit-sikit dari resepi sana.

Daging goreng ni kadang kala kene hati-hati untuk menggoreng salah step daging boleh jd liat kalo xpdi caranya even dah rebus seempuk mana pon. Kakak ipar pon aritu ada masak daging goreng ni masa blk rmh mentua mungkin caranya berlainan skit dgn cara saya. Selera berlainan skit sbb dia ada gunakan serbuk kari, apapun selera ni ikut my husband nk daging empuk kunyit byk...hehehe.... check it out my resepi from pantai timur :)

Bahan-bahan :

Daging
2 inci halia diketuk
Cili dihiris (saya suka guna cili padi merah sbb aroma die berlainan skit, xpercaya try guna cili padi hijau, lain rasanya)
4 ulas bawang putih diketuk
1labu bawang besar dihiris
Garam
Serbuk kunyit

Cara-cara :

1. Daging direbus empuk bersama dengan hirisan halia, toskan daging.
2. Hiris halus-halus daging bak kata org tua hiris ikut urat supaya daging xberkecai. Gaulkan dengan kunyit dan garam secukup rasa ( husband saya suka lumur kunyit ni byk-byk, br ada umpphhh!!!)
3. Goreng dalam 2-3 min sahaja jgn lama-lama nnt daging jadi liat balik, Angkat
4. Kemudian tumis kesemua bahan-bahan diatas bila dah naik bau masukkan balik daging yg telah digoreng gaul-gaul sebentar agak dah sebati angkat dan siap untuk dihidang, simplekan...sure mmg empuk daging tu, org yg pakai gigi palsu pon xkan tercabut..hehehe...



Sayur Peria telur

Kali ni sayur mmg simple nak masak, actually ni salah satu juadah buka puasa arini teringin nak makan peria telur ni. Jom tgk bahan-bahannya

Bahan-bahan :

2biji bawang merah
3biji bawang putih
3btg cili padi
(sume bahan diatas ditumbuk lumat)
2biji sayur peria dipotong
2biji telur
Kunyit
Garam

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau
2. Bila dah layu sume bahan tumis masukkan peria, goreng hingga separuh layu
3. Kemudian pecahkan telur kacau rata dan taburkan sedikit serbuk kunyit.
4. Rasakan garam secukupnya.

Elok untuk kesihatan, bersyukurlah setiap apa yg Allah kurniakan diatas bumi ini ada khasiatnya. Manfaatkan.


11.11.11

Ikan Bakar ala Portugis

Bahan-bahan :

1 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili blend
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih


1 batang serai
sedikit lengkuas
3 helai daun limau purut, hiris halus-halus
3 sudu minyak bawang putih
1 sudu penuh garam halus
1 sudu penuh gula
aluminium foil

Cara:

1. Buat minyak bawang putih. Ambil 6 biji bawang putih dan basuh. Jangan buang kulit. Tumbuk. Panaskan 1/2 cawan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga garing. Sejukkan.
2. Bersihkan ikan.
3. Blend bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili blend.
4. Gaulkan bahan blend dengan garam dan gula. (Bahan A)
5. Letak ikan atas foil dan sapukan bahan Bahan A Sapu rata.
6. Tuangkan minyak bawang putih dan tabur daun limau purut.
7. Lipatkan foil.
8. Boleh bakar dalam oven, atas api cara BBQ atau atas kuali capati (kuali leper).


Garlic Bread instant

Cepat & Mudah
(Butter ni direcommed oleh kakak ipar, TQ!)

 Saya hanya gunakan garlic spread yg sedia ada dijual



Rupa bread yg sudah disapu



Ada jual dimana-mana pasar raya
Selamat Mencuba :)

10.11.11

Daging rebus air asam resepi abah

Lama rasanya xupdate blog makanan ni, sebenarnya byk masakan yg x diupdate lagi, sibuk dengan kerja ofis lagi-lagi hujung tahun ni byk keje pulak yg nk kene settle, almaklum jaga cuti semua pegawai spi diri sendiri xsempat nak ambik cuti, nk rehatkan badan, ni pun curik-curik masa nak update blog yg br nk tumbuh sawang.

Kali ni byk resepi berkaitan dengan daging  spi la ke menu raya haji mmg byk la masakan sume berpunca dr daging :) kali ni saya update masakan kelantan sume resepi ni bulat-bulat dari ayahanda ku yg berasal dari kelantan, bersangkut paut dengan mak yg cube outer-outer resepi ni ikut citarasanya, mak saya pulak berasal dari jakarta dong hehehe... elok la tu masakan kelantan + indonesia mmg mengancam jiwa. try jgn xtry tau makan dengan nasi panas-panas sedappp....tq bapak & mak mentua bekalkan daging qurban berkilo-kilo :)

Bahan-bahan :

Daging direbus dengan halia

Bahan kuah :

Air rebusan daging
1 biji bawang
5 biji cili padi
Air asam jawa
air asam limau
belacan
garam
ajinomoto
gula


Cara-cara :

1. Potong kecil-kecil daging yang direbus(ketepikan masuk dalam mangkuk) air rebusan daging jgn dibuang boleh dibuat kuah.
2. Untuk kuah potong dadu bawang besar, cili dihiris (masukkan dalam mangkuk berasingan)
3. Air rebusan daging, air asam jawa, air asam limau dan belacan dimasukkan dalam mangkuk bawang tadi
- nak sedap ramas-ramas guna tangan bahan-bahan kuah td supaya aroma kesemua bahan terasa.
4.Adjust rasa dengan garam,gula dan ajinomoto siap kuah masukkan kuah yg siap tuang dalam daging.

Siap!

Paprik daging sayur campur

Bahan- bahan :

Daging yang direbus potong kecil-kecil
Sayur putik jagung dipotong
Carrot dipotong panjang
*2biji bawang merah
*3ulas bawang putih
*Seinci halia
*2daun limau purut
*Sebatang serai
Cili padi dibelah dua
2 sudu cili kisar
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
Daun limau purut
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Blend bahan-bahan bertanda (*)  kemudian tumis bahan blend dan cili api hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos tiram dan daun limau purut
3. Kacau hingga mendidih masukkan sayur-sayuran dan daging, kalau pekat tambahkan sedikit air
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api siap :)


2.11.11

Ayam bakar black pepper

(Untuk seorang makan)

Bahan-bahan :

Seketul ayam
*3 ulas bawang putih
*Seinci halia
*1 sudu makan lada hitam (nak lbh ikut citarasa)
3 ulas bawang putih lagi - digoreng, minyak jangan buang
1 sudu sos tiram
1 sudu madu
Garam
Gula

Cara-cara :

1. Tumbuk bahan-bahan bertanda (*) dalam lesung batu
2. Goreng bawang putih, setelah garing masukkan didalam lesung batu masukkan sekali minyak bawang putih, lenyek-lenyekan dengan batu lesung (macam buat rojak)
3. Masukkan sos tiram, madu, gula dan garam secukup rasa dalam lesung dan gaul sebati.
4. Sapukan pada ayam hingga sekata
5. Perap dalam setengah jam
6. Sedia untuk dibakar.