11.1.12

Kek Coklat Moist Kukus

Siapa tgk resepi ni mesti xpercaya, so saya gerenti semua yang xpandai masak pon blh buat sambil tutup mata.

Actually ni kali ke 5 saya buat choc moist, dari yang pertama kali hingga ke 4 kalinya moist saya xpernah jadi, wpun berbagai-bagai resepi dh cuba still tgn xberbedong. Akhirnya kek yg xjadi berkampung didlm tong sampah :(

Usaha! Usaha! ptg td google comparekan resepi dari blog ke blog sifu, akhirnya dapat juga gabungkan resepi ni supaya saya sendiri senang ingt.

Tadi lepas habis buat meloncat-loncat sebab akhirnya jadi juga choc moist kek ni...yeayyyy!!!
Tapi mungkin resepi ni perlu diperbaiki memandangkan baru kali pertama buat.

Ok jom tgk resepi yang sempoi


BAHAN A 

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula yg dikisar halus
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 penutup esen vanilla

- Masukkan kesemua bahan-bahan diatas didalam periuk panaskan dengan api yang perlahan
(xperlu mendidih, sekadar larut dan sebatikan sahaja). Tutup api.

BAHAN B

4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
 # Kalau xde, guna tepung gandum pun blh
( tepung gandum + 1sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu baking powder = ayakkan semua bahan)

- Bahan-bahan ni blenderkan (guna blender yg selalu mesin cili-makesure basuh bersih-bersih)

- Sediakan loyang yang telah disapu marjerin
- Masukkan Bahan A kedalam Bahan B (Kacau sebati dan kukus dengan api yang sederhana dalam masa 45min-1jam)
- SIAP!!



2.1.12

Oreo Cheese Cake

Dapat oven jer masakan pertama saya adalah cheese cake. Alhamdulillah jadi juga resepi wpun percubaan yang pertama. Try yer.

Bahan-bahan base :

Biskut Oreo 2cawan (kisar halus, cream asingkan)
2 sudu butter

Bahan-bahan cake :

Philadelphia Cream Cheese 2kotak (Setiap kotak 250g)
1 cawan gula kastor
2 sudu tepung gandum
3 Biji telur
1biji jus lemon
1 1/2 penutup esen vanilla
Biskut oreo yang dipatah-patah

Cara-cara :

#Sebelum memulakan kerja, pastikan semua bahan dalam keadaan kering, dan bahan-bahan cake juga dalam suhu bilik supaya kerja dapat dijalankan dengan mudah.

Untuk base :

Masukkan butter didalam biskut oreo yang dihancurkan kepal-kepal dan buatkan base dibawah baking tin dan tekan-tekan sedikit hingga padat, masukkan dalam peti untuk memulakan proses yang seterusnya.

Untuk cake :

1. Pukul cream cheese hingga kembang, anggaran dalam 2-3min
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukan telur satu persatu, pukul setiap satu telur hingga sebati, kemudian masukkan telur yang seterusnya. Jangan masukkan sekali gus 3 biji telur.
4. Masukkan tepung dan pukul hingga sebati
5. Masukkan esen vanilla dan jus lemon dan pukul hingga sebati lagi, masukkan biskut yang dipatah-patah didalam adunan tadi( Biskut ni xperlu gaul sebati dgn adunan just campak2 je dlm adunan kek, tgk cth kek kat bawah ni)
6. Tuang adunan cake ke dalam baking tin. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan, seperti mengayak tepung.

Cara membakar :

Bakar guna teknik waterbath untuk hasil yang lebih cantik selama 45-55minit ( suhu 145' @ 150')
Waterbath : Lapikkan dulang yang berisi air dan letakan baking cake diatasnya. (kalau xfaham search youtube untuk lebih lanjut)

  Cream cheese boleh didapati di Cold Storage @ Tesco

 Hasilnya


Base dibawah cake

Hadiah Harijadi

Alhamdulillah akhirnya dapat juga berblogging setelah lama tunggu setting internet xberapa nak ok.
15 Disember lalu my besday yang ke 25thn, sudah tuo. Apa yang saya minta untuk besday saya kali ni pelik skit, slalu dapat jam tangan!jam tangan! dan jam tangan! kali ni nak cuba minta yang lain....hehehe

Electric Oven! Alhamdulillah tertunai jugak permintaan, snng skit nak masak western food,kek,ayam panggang dan bla..bla....bestnyerrrr............tq so much abg, sbb faham hobi saya! (kalau abg baca manyak sayang la...hehehe)..

Ok pada sapa2 yang nk bli electric oven saya suggest bli mcm ni...bestttt, blh panggang ayam dan macam-macam lagi.memang puas hati. harga pon berbaloi dapat masak banyak bende. Brand Cornell, cuba yer kalo nak free tgg besday bodek abg yer...:)