Arini husband shift petang masuk pkl 3, so sempat la nak lunch sama, menu arini siakap 3 rasa dan terung bakar permintaannya. Blh la ada masa yg byk tok masak yg heavy skit. Terung bakar & air asam ni resepi dari mak, 1st time husband pernah makan terung bakar mak saya yg buat, berselera sungguh, so arini selitkan skit sayur terung bakar. katanya dah jadi favourite..iyolah..hehehe..
Bahan- bahan :
(Bahan utk terung bakar)
Terung
Minyak
(Bahan utk air asam)
Bawang (didadu)
Cili padi (hiris)
4 sudu besar air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk lime knorr (blh digantikan dgn sebiji limau kasturi)
Sedikit belacan
Garam
Ajinomoto
Gula
Cara-cara :
1.Panggang terung dgn kuali leper letak minyak sikit jer, panggang hingga separuh layu. Siap!
2.Untuk air asam, Masukkan kesemua bahan-bahan diatas dalam mangkuk dan campurkan dgn sedikit air, ramas skit supaya terasa manis bawang, kepedasan cili padi & kenikmatan belacan.
3.Masukkan garam,ajinomoto dan gula mengikut citarasa masing. Siap!
Untuk resepi siakap 3 rasa sila klik disini -----> Siakap 3 rasa
Dalam pada nak siapkan lunch sempat juga siapkan bekal untuk husband, daging masak merah (semalam husband dah siap beli kt kedai makan di pantai dalam tempat favourite) konon nk bg saya makan tp dah masak siakap ni membazir pulak so siapkan lah bekal utk husband, daging ni memang sedap, nk try masak tp mcm xde idea jer nk masukkn bahan-bahan, serius mmg sdp sgt daging masak merah ni, no wonder husband siap tapaukan utk saya...saya siap2 masakkan telur dadar jer. Kalau lah dapat resepi daging merah ni mmg byk kali saya masak tanpa jemu.hehehe... delicious nyum..nyumm!!!
Psst : Nasib baik husband jenis org yg xkisah bawak bekal, Alhamdulillah..senang hatiku :)
Psst : Kalo dpt jumpe makcik buat daging merah ni, saya dgn xmalu nk mintak resepi..hehe..